Konsep Anugerah Juara Lagu ke-20

Logo Anugerah Juara Lagu ke-20 2005

"Evolusi Muzik Berterusan" telah dijadikan tema atau konsep bagi Anugerah Juara Lagu kali ini. Secara dasarnya takrifnya ialah "proses perkembangan" atau "proses pergerakan mengikut zaman" dan sahih ia adalah persesuaian apabila dijadikan konsep untuk anugerah kali ini kerana itulah yang disaksikan sepanjang 20 tahun yang dibina menerusi program ini.

Evolusi yang dicipta menerusi AJL memberikan refleksi kepada perkembangan muzik, budaya dan seni yang sentiasa bergerak di atas landasan positif di mana ia sentiasa memanjat tangga modenisasi dengan berpaksikan kreativiti tetapi dalam pada masa yang sama masih mengekalkan nilai-nilai tradisi yang selalu menjadi kebanggaan kita, rakyat Malaysia.

Konsep evolusi direalisasikan dalam AJL 20 yang secara harafiah menjejaki proses perkembangan seni muzik itu dari era Seniman Agung, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee ke era Pop Yeh Yeh dan kemudian meniti era Pop Hindustani sebelum disuntik era Blues, Pop, Rock, Rap, Irama Malaysia, Etnik Kreatif, Hip Hop sehinggalah ke era Fusion dan Progresif.

Rujukan

WikiPedia: Anugerah Juara Lagu ke-20 http://khazanah-muzik.blogspot.com/2012/05/zehra-z... http://khazanah-muzik.blogspot.com/2013/10/adam-ad... http://khazanah-muzik.blogspot.com/2013/10/rohana-... http://khazanah-muzik.blogspot.com/2013/11/azharin... https://akubudakpenang.blogspot.com/2012/06/hazami... https://www.discogs.com/Jaclyn-Victor-Gemilang/rel... https://www.discogs.com/Mawi-The-Best-of-Mawi-Worl... https://www.discogs.com/Ning-Erti-Pertemuan/releas... https://www.discogs.com/Noraniza-Idris-Sawo-Matang... https://www.discogs.com/Zainal-Abidin-Puteri/relea...